ku kongsikan bersamamu ....

Sabtu, 22 Januari 2011

Cover CD.........

Santai dgn Video Chat di FB

Langkah 1
Taip “Video Chat Round” dalam kotak search di facebook seperti di bawah.



Langkah 2
Selepas keluar paparan seperti di bawah , klik “Allow” dan seterusnya klik “Close”



Langkah 3
Pilih rakan yang sedang online dan mempunyai aplikasi kamera di komputernya .



Langkah 4
Paparan “Calling” akan tertera dan tunggu sehingga rakan hanya menjawab dan seterusnya gambar video rakan akan muncul dan anda boleh berbual dengan rakan anda.



Langkah 5
Anda boleh menggunakan “Interactive menu” untuk menjadikan perbualan anda lebih menarik.

Khamis, 20 Januari 2011

Reunion after a long long time....

It's full of joy n  loving  momento.........hope to see each other again


we are the mantans .. but we maintain


Dulu sewaktu penubuhan awal Puteri Umno oleh Dato Azalina Othman Said; aku adalah di antara ketua puteri Umno bahagian yang terpilih & dipertanggungjawabkan untuk memimpin sebuah Parlimen - Jerlun. Bila dikenangkan detik-detik awal penubuhan Puteri Umno pelbagai peristiwa suka duka menjelma diminda.

Pada hari Khamis yg lalu; buat pertama kalinya aku berpeluang untuk berkumpul bersama sahabat `mantan' kepimpinan Puteri Umno dari seluruh negeri Kedah. Banyak yg kami bualkan, maklumlah setelah hampir 5 tahun meninggalkan arena politik pasti banyak cerita yg ingin dikongsikan bersama. 

Teringat kata-kata keramat yg sering dilaungkan oleh Dato Azalina sewaktu beliau menjadi Ketua Puteri Umno Malaysia:

`Kalau Takut dilambung ombak - jangan gelar diri Pejuang!!'

Berpegang pd kata2 hikmat itulah; akan aku teruskan perjuanganku mendidik anak bangsa untuk melahirkan generasi yg bersemangat waja, kental mengharungi apa jua cabaran. Aku ingin melihat anak-anak didik ku berjaya demi memartabatkan ekonomi keluarga dan berjaya mengharumi nama Maalaysia..



insyaallah!


Khamis, 13 Januari 2011

a good reason to say NO to SALT

Baru2 ni saya telah membuat pemeriksaan kesihatan. Biasalah bila umoq dah masuk 40, kepala terasa pening badan asyik lenguh sana lenguh sini. Bila Doktor check my BP; aduhai 146/130. Tekanan darah agak tinggi. Stress kot; kata Dr Zaki sambil tersenyum macam memerli aku. Apa pun sebelum nak balik; Dr Zaki berpesan supaya aku mengurangkan pengambilan garam dlm makan. sighhh.....

Agaknya gambar-gambar ini blh mjadi motivator utk aku hidup tanpa garam. Bahan utama masakan kita itu; adoiii rasanya tak gamak nak makan bila dok tgk gambaq2 ni. Awat depa proses lagu  ni ... mengkelan cek.




Bak kata P.Ramlee  & Saloma dlm Filem `Ahmad Albab' :
Kasih sayang dan Cinta ibarat Garam & Gula. Tanpa gula pahitlah kopi; tanpa garam `tawaq hebiaqlah' makanan. Pasti tak berselera nak makan!










Tapi hingga ke hari ini, aku masih dok  bubuh garam dlm masakan.  Memang tak reti nak gantikan garam dgn bahan masakan yg lain.
Tanpa garam pasti hidup tak selazat madu; pasti hari tak seceria kenari berterbangan!

Rabu, 5 Januari 2011

kerana Allah


Di antara sebab-sebab manusia dimasukkan ke dalam syurga ialah kerana keikhlasan perbuatannya kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman:

وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة وذلك دين القيمة
(البينة :5)



Maksudnya: 'Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam keadaan hanif*dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat dan itulah agama yang lurus.'



Dari Umar bin al-Khattab r.a berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, ia akan sampai pada Allah dan Rasul-Nya dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan di perolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju.
(HR : Bukhari & Muslim)


Dari Abi Hurairah r.a berkata: Sabda Rasulullah S.A.W : 'Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada tubuhmu, dan tidak pula kepada paras rupa kamu, tetapi Allah memandang kepada hati dan perbuatan kamu.'
(H.R. Muslim)

Ikhlas merupakan syarat diterimanya amal-amal yang soleh yang disyariatkan, oleh itu hendaknya didahulukan dengannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...